Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samalah

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Betul sukat betul timbangnya, Betul timbang samalah berat; Betul adat betul orangnya, Betul orang sempurna niat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang darat bermain cambuk, Sama terbilang samalah pandai; Abang ibarat kain yang lapuk, Manakan orang mau memakai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ke darat menebang juak tukas, Tukas kutebang tepi jeraya; Laksana dakwat dengan kertas, Samalah hancur sama binasa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi ke mana tidak kuikat, Pandan bersangkut dengan durinya; Pergi ke mana tidak kuingat, Tuan yang baik samalah budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas