Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sambil merokok makan sirih, Sepah ditaruh di atas riba; Kalau tak tunduk kena pengasih, Alamat sijundai akan tiba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bila berjalan sambil berlari, Cepat Apabila puan memanggil kami, Apabila puan memanggil kami, Lambat kaki kepalaku dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berkitab sambil menulis, Jangan sampai dakwat terbuang; Kalau bercakap dalam menulis, Jangan sempat mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau menebang sambil merambah, Bakar keladi di tepi sumur; Kalau abang berani bersumpah, Ingkar janji pendeklah umur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |