Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bil.sam.bil] | سمبيل-سمبيل

Definisi : sambil lalu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bil.sam.bil] | سمبيل-سمبيل

Definisi : , = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambil (kata tugas)
Bersinonim dengan seraya, sementara, di samping, belan-belan, sembari, serta;,
Kata Terbitan : sambil-sambil, menyambilkan, sambilan,

Puisi
 

Tetak mengkuang sambil berdiri,
     Mari diikat akar mempelas;
Kalau tuan menyerah diri,
     Kami terima dengan ikhlas.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Merapat sambil berlayar,
     berlayar sambil memapan.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang.Pantun Melayu SarawakKasih
Sambil merokok makan sirih, Sepah ditaruh di atas riba; Kalau tak tunduk kena pengasih, Alamat sijundai akan tiba.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai.Pantun Melayu SarawakKasih
Bila berjalan sambil berlari, Cepat Apabila puan memanggil kami, Apabila puan memanggil kami, Lambat kaki kepalaku dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau berkitab sambil menulis, Jangan sampai dakwat terbuang; Kalau bercakap dalam menulis, Jangan sempat mengumpat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menebang sambil merambah, Bakar keladi di tepi sumur; Kalau abang berani bersumpah, Ingkar janji pendeklah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345

Kembali ke atas