Bagaimana sampah takkan pecah, Bila dilanda ombak menggunung; Bagaimana badan takkan susah, Bila kerjanya duduk bermenung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila sampah sudah belayar, Ombak datang pasti ditempuh; Apabila iman sudah mengakar, Cubaan datang hatinya teguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa gunanya membuang sampah, Bila dekat dengan halaman; Apa gunanya abang bersumpah, Bila berniat jadi mainan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kaalau bergalah tepatlah tepat, Supaya sampah tidak terdangkut; Kalau bersalah bertaubatlah cepat, Supaya badan tidak melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |