Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sana-sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sebanyak hutang si Jibun.

Bermaksud :

Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari.Pantun Melayu SarawakPerantau
Perahu Banjar belayar malam, Di sana sini berjaja gula; Malu besar muka pun lebam, Meraba bini teraba mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat setia kepada janji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat kasih sayang-menyayangi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok sena pokok kuini, Ikan Sepat mabuk di paya; Biar berhutang di sana sini, Asal dapat tunjuk gaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin.Pantun Melayu SarawakIlmu
Sarat sampan orang berkayuh, Bila petang dia berhenti; Tuan ibarat bulan yang penuh, Dipuja orang di sana sini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas