Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.na/] | سانق

Definisi : 1. = ~ saudara orang-orang yg seke-turunan (sekerabat), orang-orang yg sekaum keluarga: saya senang hati dapat berhadap-hadapan muka dgn ~ saudara; 2. NS saudara sebelah ibu, kemanakan; bersanak = ~ saudara mempunyai kaum kerabat, berkaum kerabat; menyanak menganggap diri sbg sanak (dlm keluarga orang lain); persanakan perihal hubungan kekeluargaan, kekerabatan: kajian tentang ~ bermula ham-pir satu abad yg lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.na/] | سانق

Definisi : , = ~ saudara orang-orang yg masih berkeluarga atau bersaudara; orang-orang yg ada hubungan darah: Saya berasa gembira dpt berjumpa dgn ~ saudara sekalian. bersanak, = ~ saudara berkeluarga; bersaudara-mara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanak (kata nama)
Bersinonim dengan sanak saudara, saudara, keluarga, kerabat, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, famili, kaum, kulasentana, keturunan, anak;,
Kata Terbitan : bersanak, bersanak saudara,

Puisi
 

Buah pinang terbelah dua,
     Sayang dibelah oleh Cik Dayang;
Apa dikenang sanak-saudara,
     Memang sudah nasib berdagang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara.Pantun Melayu SarawakNasihat
Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah pinang terbelah dua, Sayang dibelah oleh Cik Dayang; Apa dikenang sanak-saudara, Memang sudah nasib berdagang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas