Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj binatang yg rupanya spt lembu dan berwarna hitam, Bos indicus; 2. Id lembu; lembu punya susu, ~ dapat nama = kerbau sakit, ~ beroleh nama prb orang lain yg ber-buat kebajikan orang lain pula yg mendapat pujian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapi I

Puisi
 

Pagar buluh anggitnya jarang,
     Akan pemagar sapi jerasa;
Dalam sepuluh jarang seorang,
     Hanya yang tahu menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak sapi berkepala dua, Ditimbun raja tepi telaga; Buah hati abang berdua, Hendak dipilih sama serupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berjual sapi, Hamba rakyat datang menawar; Begitu isteri ditinggal laki, Tibalah umat datang melamar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null nullPantun Melayu SarawakBerniaga
Guruh berbunyi hari pun petang, Tupai menangis dilanggar sapi; Rusuhlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas