Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Pantun

PantunSumberTema
Satu satu membawa nyiur, Supaya berbeban tidak berat; Malu malu hamba menegur, Kerana tuan tak mahu dekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu satu membawa timba, Supaya air jangan terbuang; Malu malu hamba menyapa, Kerana khuatir tunangan orang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Petik-petik gita, Petik satu-satu; Asyik memuka bota, Hati jadi batu.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Adat seperahu satu haluan, Adat sesampan satu kemudi; Adat sehaluan satu tujuan, Adat sekemudi bersatu hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baru datang dari Palembang, Satu adik satu abang; Cari tali jerat kumbang, Bunga di taman biar kembang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak mandi paip berkunci, Turun ke sungai air pun masin; Satu intan satu baiduri, Di mana boleh dipakai cincin?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345678910...

Kembali ke atas