Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keĀ­boleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Patahlah sayap burung geroda, Mahu terbang terasa sakit; Apalah diharap kepada hamba, Ilmu kurang hidup pun sempit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Patah sayap burung merpati, Kerana jatuh ke pohon pinang; Apalah diharap kepada kami, Harta jauh bangsa pun kurang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung terbang kerana sayapnya, Sayap lemah terbang tak jauh; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap menyalah banyaklah musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Burung terbang kerana sayapnya, Sayap Iebar terbangnya tinggi; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap besar tunangnya mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Burung terbang kerana sayapnya, Kuat sayap terbang mengawan; Terkurung orang kerana cakapnya, Jahat cakap terbuang kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Burung terbang kerana sayapnya, Patah sayap jatuh ke tanah; Terkurung orang kerana cakapnya, Salah cakap runtuhlah maruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas