Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Pantun

PantunSumberTema
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia.Pantun Melayu SarawakKasih
Air pasang di Sungai Muar, Burung gagak di pohon beringin; Adik seorang sebagai penawar, Hati tidak kepada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Cu Pandan anak bumbunya, Hendak menyerang pergi Melaka; Sebentuk cincin permata bunga, Untuk sebagai cahaya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak menanam selasih, Ambil pedada letak titi; Kamek di sini bertanya kekasih, Ambil kami sebagai ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas