Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : ; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebalik

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada udang (= berudang) di balik batu.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Naik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa.Pantun Melayu SarawakKasih
Air pasang mudik ke hulu, Anak baung mati terlentang; Sudah dipasang olehmu itu, Tujuh tanjung di sebalik pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas