Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebesar

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sebesar-besar bumi ditampar tak kena.

Bermaksud :

Perkara yang nampaknya saja mudah, tetapi sukar menyelesaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Anak beruk sebesar lengan, Dibungkus dengan sekarung kain; Sungguh buruk hati berkenaan, Tidak saya mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sebesar-besar mayang pinang, Tidakkan sama mayang kelapa; Sebesar-besar sayang orang, Tidakkan sama sayang orang tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sudahlah mulut ditampar raja, Dituduh pula mencuri puyuh; Sudahlah burut sebesar kelapa, Disuruh pula berlari jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mengapa kakinya menjadi pengkar, Tertumbuk ke besi pemagar rumah; Mengapa lakinya jadi gementar, Menengok bininya sebesar gajah null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas