Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Ambil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih masak sebiji, Dimakan beruk betina; Kekasih merajuk hati, Badanku rosak binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Buah nangka masak sebiji, Dimakan tupai habislah gugur; Sudah lama awak menanti, Pesan tak sampai habislah umur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Limau purut masak sebiji, Hari pagi jatuh ke tanah; Kalau kuturut kehendak hati, Hari ini kita menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Merpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu senja diberi makan, Bertelur sebiji di kebun Pak Tani; Masa remaja disia-siakan, Berhibur ke sana berhibur ke sini. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Buah nangka dimakan musang, Jatuh sebiji menimpa dahan; Sudah lama badan terbuang, Menunggu janji binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |