Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutir

Puisi
 

Nyiur berkayuh pantai berlaut,
     Jatuh sebutir membilang tandan;
Abang sebutir bermain laut,
     Adik tinggal membilang bulan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Menjemur kacang di hari panas, Isi di nyiru orang seberang; Sebutir pisang sebutir nanas, Mana satu rezeki musang?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Nyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nak majun kubagi majun, Majun sebutir di dalam gelas; Nak pantun kubagi pantun, Pantun sebutir tidak berbalas.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Selasih digoncang ribut, Sebutir nasi jatuh ke ruang; Mulut naga lagi direbut, Inikan pula kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan direndang buang nangka, Masak sebutir dibelah-belah; Jangan dikenang untung celaka, Sudah takdir kehendak Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Limau manis celah jalan, Masak sebutir makan juput; Hitam manis turun berjalan, Macam padi lepas merumput.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Nyiur manis di tebing raut, Masak sebutir membilang tandan; Adik pergi melangkah laut, Abang di rumah membilang bulan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas