Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gan] | سݢن

Definisi : 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gan] | سݢن

Definisi : 1. sj burung, a) burung malas, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus; 2. sj burung, burung cucur, Batrachostomus auritus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gan] | سݢن

Definisi : 1 tidak mahu atau tidak suka melakukan sesuatu; malas; enggan: Sesiapa yg ~ bekerja, tidak akan senang hidupnya. 2 = ~ silu berasa malu atau hormat: Mereka semua ~ kpd Pak Lebai itu. menyegani menaruh rasa segan kpd; berasa hormat atau takut kpd: Kami semua sangat-sangat ~ dia. penyegan 1 orang yg berperasaan segan; pemalu. 2 orang yg malas; pemalas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segan (adjektif)
1. Bersinonim dengan malas: lundung, kelesa, wegah, meleng, sungkan, celika, berat siku, berat tangan, berat tulang, ogah, ewa,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan malu: aib, silu, segok, wirang, bera, kanyor,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : penyegan, disegani, menyegani, keseganan,

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Segan menggerak lingkar.

Bermaksud :

Terlalu malas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Bila orang memakan bubur, Tentulah ada santan kelapa; Apabila abang segan menegur, Tentulah hamba segan menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati memasak sayur, Sayang segan menggiling lada; Hajat hati hendak menegur, Sayang tuan berpaling muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang menghadap, Datuk lubalang segan mengamuk; Setiap hari abang mengharap, Untuk meminang adik yang montok.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Perahu cina memuat ikan, Saban hari sarat sinya; Malu bertanya sesat jalan, Segan mengaji sesat matinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas