Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ge.ra] | سݢرا

Definisi : tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.ra] | سݢرا

Definisi : tidak berlengah-lengah atau tidak ternanti-nanti lagi; terus dilakukan; lekas-lekas; cepat-cepat: Surat ini hen­daklah dihantar ~. menyegerakan me­lakukan sesuatu dgn segera: Kami memohon supaya kerajaan ~ pembinaan klinik di kampung ini. mempersegera menjadikan lebih segera; mempercepat. penyegeraan proses atau perbuatan menyegerakan: Bahan yg dihasilkan itu adalah utk ~ pulihnya kesegaran kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segera (adjektif)
Bersinonim dengan cepat, lekas, pantas, laju, deras, ekspres;,
Kata Terbitan : bersegera, menyegerakan, kesegeraan,

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Bila lancang patah tiang, Tentu segera harus diganti; Apabila abang sudah pulang, Pasti segera hamba menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ternak ayam besar segera, Bawa sebakul buah berangan; Anak belajar di luar negara, Ibu di rumah berangan-angan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apabila bertiup angin selatan, Segera singgah sampai berhenti; Apabila hidup ingin berkawan, Pelihara lidah pandai berbudi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila hari semakin mendung, Berhenti segera jangan belayar; Apabila laki bermain serong, Tunjuki dia jalan yang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa orang rajin berkayuh, Supaya segera tiba di seberang; Mengapa bintang semakin jauh, Putihlah mata hamba memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rakyat tempatan sedia berkhidmat, Dekat jauh segera datang; Chan menyelia operasi penyelamat, Di hutan tebal gunung jurang.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Apabila kaki tak baik-baik, Dengan segera carilah ubat; Apabila laki tak balik-balik, Jangan mudah bersangka jahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila hari sudah subuh, Dirikan solat dengan segera; Apabila laki suka bergaduh, Memberi ingat jangan mencerca.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
123

Kembali ke atas