Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ia] | سأيا

Definisi : sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seia

Puisi
 

Kalau sudah tetak nipah,
     Mari kita mengambil rumbia;
Kalau sudah kujumpa ayah,
     Barulah padan seia sekata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rentak sedegam,
     langkah sepijak.

Bermaksud :

Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Sifat keluarga berkasih sayang, Seia sekata sebarang kerja; Adat dijaga budi terbilang, Silang sengketa hilang semua.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat bini setia ke laki, Hilir mudik seia sekata; Adat berdiri sempurna budi, Hati baik mulia bicara.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjadi suluh; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai seia sekata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas