Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak periuk menjadi hitam, Banyaklah berbedak arang; Sejak beruk menjadi imam, Banyaklah umat tidak sembahyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak pelatuk memakai taji, Banyaklah udang kena tangkap; Sejak datuk pandai mengaji, Banyaklah orang memakai kitab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak limau disimpai rotan, Banyaklah macan dimakan tupai; Sejak harimau menjadi sultan, Banyaklah orang nan makan bangkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak periuk berisi maja, Banyaklah arang untuk perbara; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah orang masuk penjara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak unta bertali baja, Terbang balam memakai mahkota; Sejak si buta menjadi raja, Siang malam memakai pelita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak tungau berbini tuma, Banyaklah angsa menimang haji; Sejak harimau menjadi ulama, Banyaklah rusa datang mengaji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak merasa buah pinang, Banyak limau terasa kelat; Sejak rusa membuka gelanggang, Banyaklah harimau belajar silat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak tumbuh tangkai ketari, Banyaklah pasu yang bernyanyi; Sejak si lumpuh pandai menari, Banyak si bisu yang menyanyi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |