| Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
				| Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
				| Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau | 
				| Dikirim dengan penerbangan Merpati, Kirim salam kirim jampi; Ke mana pergi putera sejati, Tinggalkan adik termimpi-mimpi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
				| Panjang serabut tali belati, Jejak ke tanah batang cendawan; Yang disebut hulubalang sejati, Tidak pernah membilang lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan | 
				| Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi | 
				| Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
				| Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
				| Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |