Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Tanam keduduk di tepi rimba,
     Pukul pahat dalam padi;
Sungguhnya duduk bertindih riba,
     Jalan jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sekali jalan terkena,
     dua kali jalan tahu,
tiga kali jalan jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau sekali mencari pantau, Jangan diikut jalan darat; Kalau sekali pergi merantau, Jangan takut badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Andainya tekak tak mahu makan, Usahakan cari menurut selera; Andainya awak tak tahu jalan, Jangan sekali malu bertanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas