Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekampung

Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat mengail orang Melaka;
Duduk sekampung lagikan rindu,
     Ini pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Adat sekampung tolong-menolong, Adat senegeri beri-memberi; Adat menolong jangan menggulung, Adat memberi jangan mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman lampau semuanya akrab, Sarna sekampung bertegur sapa; Badan berpanau dada berkurap. Di mana mencangkung bergaru saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Air perigi nampak bening, Untuk minuman orang sekampung; Kupandang pipi yang putih kuning, Remuklah tulang pecahlah jantung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Keritih tiram tergantung, Limau manis banyak bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Hitam manis baik budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
123

Kembali ke atas