Orang berbendang kita berbendang, Tapi tak boleh bekerja awal; Kerbau sekandang boleh dikandang, Manusia seorang tiada terkawal. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Membawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |