Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekawan

Puisi
 

Terbang sekawan burung jelatik,
     Terbang nampak kepalanya merah;
Pilih bini yang cantik,
     Tapi nak harga murah.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Kerbau sekandang dapat digembalakan,
     manusia seorang tiada terjaga.

Bermaksud :

Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Burung merpati terbang sekawan, Dekat dengan burung cenderawasih; Belah hati gunung dan awan, Mana sudah hilangnya kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang sekawan, Terbangmari ke awan biru; Semenjak berkasih dengan tuan, Siang malam menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang sekawan, Singgah hinggap di pohon sena; Hati kita sudah tertawan, Makan tak lalu tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak menembak tiga sekawan, Sagun berderai di atas tikar; Pesan saya lupalah jangan, Lupalah jangan di dalam sedar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik dua sekawan, Terbang menuju ke dalam gua; Rindunya adik kepada abang, Rasa nak terbang sekarang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas