Kalau selalu bermain silat, Lambat-laun jadi hulubalang; Kalaulah malu bekerja berat, Lambat-laun mati berhutang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu bermain silat, Lama-lama jadi pendekar; Kalaulah malu bekerja berat, Lama-lama kan rugi besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu menebas ladang, Tentulah padi di tanam subur; Kalau terlalu menindas orang, Tentulah keji di dalam kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah jalan selalu rosak, Siapa lewat akan terhalang; Kalau berkawan terlalu tamak, Semua sahabat akan menghilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila berjalan selalu menepi, Tentu tiada bala melintang; Apabila puan mahu berjanji, Tentu tak lengah hamba meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau selalu makan tenguli, Lama-lama muakkan pindang; Kalau selalu termakan budi, Lama-lama diperbudak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |