Janji Melayu ingat selalu, Pagi petang kita peliharakan; Terpuji Melayu menghormati tamu, Siapa datang kita muliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang pemburu kerjanya cepat, Jalan ke rimba sudah selalu; Yang kutunggu tiada ingat, Badan binasa menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |