Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari ketiga dlm seminggu, selepas hari Isnin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari yg ketiga dlm seminggu; hari selepas hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selasa

Puisi
 

Malam ini malam Selasa,
     Malam besok malam Arbaª;
Lepas kamu dari seksa,
     Di hari kiamat minta doa.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Hari Selasa membeli sutera, Sutera Kelantan merah pinang; Nelayan ceria bertambah gembira, Samudera luas beralun tenang.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Besok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Jika masuk kaum muslimin, Mudah-mudahan terlepas seksa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi berjaja naik teksi, Pekan Sari hari Selasa; Semua kerja dapat diatasi, Jika muafakat kita sebangsa.Pantun Melayu SarawakUmum
Malam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas