Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada mencelup selendang biru, Elok mencari selendang merah; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati berkalang tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain selendang dasarnya putih, Habis dijemur direndam basah; Adik jangan diajar kasih, Habis umur dendam tak sudah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain selendang kesumba murup, Mari diikat rotan saga; Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kain selendang di atas atap, Dipakai dayang bersunting bunga; Sudah dipandang sudah ditatap, Barulah kumbang menghidu bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa memakai selendang hijau, Kerana yang merah sedang dicuci; Mengapa sampai abang merantau, Kerana di rumah orang membenci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa tanda selendang barat, Elok bersulam berbunga lebar; Apa tanda orang beradat, Elok di dalam mulia di luar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |