Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anaknya besar menjadi seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Besar kayu kerana uratnya, Urat menjalar ke semak-semak; Besar Melayu kerana adatnya, Adat bersandar kepada yang hak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tumbuh betung di tepi semak, Di tepi semak banyak onaknya; Sungguh untung berbini banyak, Bini banyak banyak bengaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang semak tumbuh di hulu, Di hulu tegak penggalah; Sedang tidak bersabarlah dulu, Tunggukan saja gerak Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Saya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau tidak takutkan semak, Burung bersarang di dalam padi; Kalau tidak takutkan emak, Kita bersama bertandan pagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |