Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : ® malam I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat isti­adat negeri yg kita tumpangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)

Pantun

PantunSumberTema
Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Semalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi tuan, Mimpi beriba sebelah kanan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Semalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak berkain semalam ini, Bila masa berkain lagi? Hendak bermain semalam ini, Bila masa bermain lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Air pasang dua kali semalam, Ambung-ambung dari hulu; Adik datang di tengah malam, Bunga tanjung berbau dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laju-laju perahu laju, Singgah semalam laut China; Tahu tuan saya pun tahu, Saya miskin jangan dihina.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345

Kembali ke atas