Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semarang

Puisi
 

Anak tontong memanah Semarang,
     Buang satu sembilan puluh;
Tuan laksana pokok rausang,
     Boleh saya menumpang berteduh.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

PantunSumberTema
Dari Bintulu ke Semarang, Ambil upih Teluk Saranti; Dari dulu sampai sekarang, Tidak kasih bertukar ganti.Pantun Melayu SarawakKasih
Bagaimana Bengkulu begitu Semarang, Orang Aceh dilanda Tsunami; Bagaimana dulu begitu sekarang, Kasih berkasih tetap bersemi.Pantun Melayu SarawakKasih
Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak tontong memanah Semarang, Buang satu sembilan puluh; Tuan laksana pokok rausang, Boleh saya menumpang berteduh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada satu anak Semarang, Pakai cukin kain jarang; Kalau tidak tunas di batang, Pokok yang mana boleh dicabang?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang bahulu mengebam Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rendam selasih rendam semarang, Rendam secupak jadi segantang; Dulu kasih malam dan siang, Kini menjadi harimau garang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari dahulu Jawa Semarang, Ungai-ungai di atas bukit; Macam dahulu juga sekarang, Tidak berbeza barang sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bahulu dari Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas