Banyaklah lebah perkara lebah, Lebah meniti kepada galah; Banyaklah sembah perkara sembah, Sembah sejati kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kapal Bugis sudah datang, Sembah barang kepada raja; Sudah lama abang berdagang, Sampai masa nak balik juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sekali adik merambah, Seratus batangnya rebah; Sekali adik bersumpah, Seratus kali abang sembah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau ada batang nan rebah, Batang tumbuh dihujung tanjung; Kalau yang datang kami sembah, Kalau tak datang kami junjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |