| Ambillah kayu buatlah tiang, Tiang berdiri penyangga rumah; Ambillah guru taat sembahyang, Sembahyang ini membawa berkah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Mengapa takut sembahyang subuh, Subuh datang sembahyang ditegakkan; Mengapa takut menentang musuh, Musuh datang pantang dielakkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Orang sembahyang lima waktu, Dalam sujud bunyi beduknya; Laut darat dunia satu, Langit juga akan tutupnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Hari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kalau duduk sembahyang Jumaat, Ingat berdiri sebelum sembahyang; Kalau hidup memegang amanat, Adat diisi lembaga dituang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung ranting; Siapa bilang kamek tak sembahyang, Di dalam tidur membawa sembahyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Waktu asar orang sembahyang, Tandanya umat kukuh beriman; Hatiku hancur bukan kepalang, Cinta dibuat bagai permainan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |