Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.ba.rang] | سمبارڠ

Definisi : apa (asal, siapa, dll) sahaja, se-barang, asal sahaja: Hayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang; sembarangan dgn begitu sahaja, tidak me-nentu, tidak dgn usul periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya; menyembarangi melakukan dgn sem­barang-an (tidak dgn usul periksa, ikut suka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.ba.rang] | سمبارڠ

Definisi : apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; sebarang: bukan ~ orang orang yg ada kelebihannya atau keistimewaannya. sembarangan ti­dak dgn usul periksa; dgn begitu saja; tidak dgn pilih-pilih lagi: Jangan suka menuduh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembarang (kata tugas)
Bersinonim dengan apa sahaja, apa-apa pun, sebarang, asal sahaja, siapa sahaja;,
Kata Terbitan : sembarangan, menyembarangi,


Pantun

PantunSumberTema
Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan daun sembarang daun, Daun ini tanda uratnya; Bukan racun sembarang racun, Racun ini tiada ubatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan pelekat sembarang pelekat, Pelekat sudah beragi-ragi; Bukan lekat sembarang lekat, Lekat tak dapat dibuka lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan kain sembarang kain, Kain ini kain pelekat; Bukan main sembarang main, Main ini sampai melekat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah jangan dimakan sembarang, Buah di rimba banyak duri; Jangan mengharap tuahnya orang, Sampai ketika susah sendiri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang jangan sembarang; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang berpantang larang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas