Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lang] | سمبيلڠ

Definisi : 1. sj ikan darat yg bisa sengatnya, Paraplotosus anguillaris; 2. = ~ karang sj ikan laut yg bisa sengatnya, gemang, kelara, (unsat-unsat), Plotosus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lang] | سمبيلڠ

Definisi : 1 nama sj ikan darat yg bisa sengatnya, Paraplotosus anguillaris. 2 = ~ karang nama sj ikan laut yg bisa sengatnya, Plotosus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilang

Puisi
 

Sayang sembilang ikan berdukang,
     Sayang selasih batang berduri;
Barang hilang tidak terkenang,
     Hilang kekasih mana mencari.


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

PantunSumberTema
Anak sembilang mudik menduduk Sekali jala habis tertangkap; Diajak berterang adik tak mahu, Kunanti saja di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang sembilang ikan berdukang, Sayang selasih batang berduri; Barang hilang tidak terkenang, Hilang kekasih mana mencari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lauk ikan sembilang, Makan dalam bangsal; Mata berbintang-bintang, baru timbul kesal.Pantun Melayu SarawakNasihat
Lain tilan lain sembilang, Orang membeli di pasar murah; Lain kupesan lain yang datang, Kepalang mandi biarlah basah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gunung Dening takok sembilang, Nampak dari Sabak Tuk Muda; Abang pergi jangankan hilang, Adik tinggal tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ikan sepat ikan sembilang, Anak pari dalam raga; Kalau tak dapat masa sekarang, Kemudian hari ambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas