Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalaulah ubat tidak dipakai, Tentu penyakit tak akan sembuh; Kalaulah niat tidak sampai, Seribu bukit akan kutempuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padi di sawah belum dibebat, Pokok jati tidakkan tumbuh; Hati luka minta diubat, Merajuk hati tidakkan sembuh. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalaupun daun ada uratnya, Tidak dapat meniti buluh; Kalaulah racun ada ubatnya, Tidak kan dapat menjadi sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Angin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |