Lah begini terangnya hari, Seorang kok tidak nak menumbuk, Orang kok tidak nan memujuk, Oranglah mati semuanya. Orang berpadi semuanya; Begini rusuhnya hati, | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Satu terkerat semuanya layu, Mati layu terkulai kembang; Di situlah tempat tuah Melayu, Dari dahulu sampai sekarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman lampau semuanya akrab, Sarna sekampung bertegur sapa; Badan berpanau dada berkurap. Di mana mencangkung bergaru saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana pondok takkan condong, Bila tiangnya semuanya bengkok; Bagaimana duduk takkan bingung, Bila hutangnya sudah bertompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman kini zamannya fitnah, Bila berkata semuanya bengak; Dengan laki janganlah lengah, Bila menyalah segera bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang mangkuk, Kerana terlapah semuanya pecah; Pilulah hati memandang datuk, Kepalalah sulah kerja bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang berlari diburu hujan, Bila tidak basah semuanya; Abang seperti debu di jalan, Sedikit tidak ada harganya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau menebang kayu jati, Papan di Jawa mari dibelah; Bukan boleh sekehendak hati, Semuanya di bawah perintah Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |