Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.da] | سنادا

Definisi : padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senada


Pantun

PantunSumberTema
Jika gugur bunga durian, Tengah hari boleh dikarang; Jika begitu katamu tuan, Sepurnama lagi kami datang.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Jika tempua bersarang tinggi, Kerat sebatang bunga kiambang; Jika tuan sudi disaji, Ibarat menatang bulan mengambang.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Kami melawat Kalimantan Barat, 17 Ogos Indonesia merdeka; Sedang jauh terasa dekat, Kini baru bersua muka.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Dari Kudat ke Sumatera, Dari Sumatera ke Tanah Jawa; Sudah sebulat kita bicara; Dua Negara bersatu jiwa.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Dari Bali ke Sumatera, Hendak bermalam di Langka Canang; Niat hati hendak bersemenda, Hati terpaut orang Minang.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada

Kembali ke atas