Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nam] | سنم

Definisi : = senaman latihan gerak badan: jika seseorang tidak membuat apa-apa senaman, maka darahnya tidak dapat berjalan dgn kuat dan betul; bersenam 1. melakukan latihan gerak badan; 2. ark menggeliat (selepas tidur); menyenamkan menggerakkan bahagian-bahagian badan secara senaman: pd akhir pengurutan, Pak Hassan akan ~ orang yg diurutnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nam] | سنم

Definisi : 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nam] | سنم

Definisi : , = senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. bersenam 1 melakukan gerak badan dgn cara-cara tertentu. 2 menggeliat ketika bangkit drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.nam] | سنم

Definisi : 1 warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: Airnya ~ alamat dalam. 2 warna asal pd barang-barang yg disadur: Hilang sepuh tampak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senam
Kata Terbitan : senaman, bersenam,

Peribahasa

Hilang sepuh nampak senam.

Bermaksud :

Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas