Zaman bukan sebarang zaman, Zaman susah sengsara hidup; Makan bukan sebarang makan, Makan sumpah perut meletup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat Melayu memantangkan malas, Orang pemalas hidup sengsara; Kuat membantu orang kan belas, Orang belas banyaklah saudara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Api pelita cahayanya redup, Supaya terang besarkan sumbu; Hati kecewa sengsara hidup, Supaya tenang sabar selalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bulan puasa bulan terpuji, Beramai-ramai pergi ke surau; Badan sengsara memakan hati, Kasih tak sampai hatiku risau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji berkain sutera, Dibawa untuk hidangan sultan; Hidupku ini makin sengsara, Kerana terbujuk rayuan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang beradat hidup berkira, Bijak memandang jauh ke depan; Membuang adat hidup sengsara, Akhlak terbuang runtuhlah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat hidupnya akur, Dengan saudara seminum semakan; Membuang adat negeri hancur, Hidup sengsara makan-memakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Merokok tembakau Padang, Asap menjulang ke udara; Tinggal adik tinggallah sayang, Abang ditempuh sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |