Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ni] | سني

Definisi : 1. halus (kecil, elok), tipis dan halus: maka Perdana Menteri pun menyuruh me-lengkapi sebuah pilu diisinya dgn jarum yg ~-~ yg berkarat; 2. enak didengar (suara); 3. comel (bentuk badan); air ~ bh air kencing; bercelak ~ menggunakan celak yg halus; hajat ~ rasa hendak ke sungai; hidupan ~ benda-benda hidup yg halus (bakteria, ameba, dll); peluh ~ peluh yg keluar dr badan orang yg sedang ketakutan dll; puteri yg ~ puteri yg halus kulitnya; suara yg terlalu ~ suara yg lembut dan tinggi; menyeni ark halus, lembut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni] | سني

Definisi : 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni] | سني

Definisi : IB (orang yg mempunyai) kebolehan utk mencipta sesuatu yg luar biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ni] | سني

Definisi : 1 kecil sekali (ttg bentuk sesuatu); halus: hidupan ~ benda-benda hidup yg halus (spt kuman, bakteria). 2 tipis lagi halus: bercelak ~ memakai celak yg tipis lagi halus. 3 kecil molek atau elok (bkn bentuk badan dll); comel: puteri yg ~. 4 halus tinggi dan sedap didengar (bkn suara): Suaranya terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ni] | سني

Definisi : 1 kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yg indah-indah. 2 hasil karya yg dicipta dgn kebolehan atau dgn kepandaian yg luar biasa; hasil drpd sesuatu ciptaan. ~ bina (bangunan) seni ttg pembuatan bangunan. ~ drama seni ttg lakonan pentas (sandiwara). ~ jarum kepandaian dlm hal jahit-menjahit atau sulam-menyulam. ~ halus cabang seni dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran. ~ kata susunan kata yg indah-indah (dlm sesebuah lagu dll). ~ lukis kepandaian dlm hal lukis-melukis. ~ pahat (ukir) kepandaian membuat ukiran. ~ suara seni ttg suara dan lagu. ~ tari seni ttg tari-tarian. kesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. seniman 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seni (adjektif)
Bersinonim dengan halus, kecil;,


Pantun

PantunSumberTema
Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap.Pantun Melayu SarawakIlmu
Umbut nanas sabut kelapa, Seba guna dibuat tali; Sebut nama teringat rupa, Seni Melayu tak dijual beli.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pelita dipasang bulan gerhana, Secangkir madu seri kaya; Mata mentafsir seribu makna, Tangan mengukir seni budaya.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas