Renung-renung di tengah paya, Kumbang melarik batang pinang; Senyum-senyum tengok saya, Kalau hendak tinggal tunang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Limau manis limau kasturi, Penuh berisi dalam dulang; Saya senyum untuk sendiri, Bukan tujuan pemikat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |