Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sendiri sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Ikan temenung ikan tenggiri,
     Ikan mati kena tuba;
Duduk termenung seorang diri,
     Orang ditunggu tak kunjung tiba.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nasi sama ditanak,
     kerak dimakan seorang.

Bermaksud :

Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Hari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Air surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Redup hari melayah petang, sungguh hening di pagi hari; Hidup ibarat pinang sebatang, Hidup terpinggir seorang diri.Pantun Melayu SarawakPerantau
Ulamku ini ulam dah layu, Manakan dapat dimakan lagi; Demamku ini demam merayu, Tuan berangkat seorang diri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anai-anai di tanah rekah, Mari dikais menimba hari; Masa suka ramai berdekah, Waktu menangis seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Haji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah belera dibuat ulam, Dimakan orang petang dan pagi; Sudah merana siang dan malam, Badan terbuang seorang diri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hijau-hijau baju si dayang, Untuk dipakai di pagi hari; Hati risau bercampur sayang, Badan mengamuk seorang diri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas