Hendak sepah diberi sepah, Tapi jangan ditukar-tukar; Hendak sumpah kuberi sumpah, Tapi jangan dilanggar-langgar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sepah bulan di hujung jari, Buah belimbing pengelok kuku; Kalau jatuh bulan abang mari, Jentik dinding bukalah pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila sepah tidak dibuang, Lalat datang semut merutung; Apabila sumpah tidak dipegang, Dilaknat orang perut pun kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sambil merokok makan sirih, Sepah ditaruh di atas riba; Kalau tak tunduk kena pengasih, Alamat sijundai akan tiba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Nyiur manis di Kampung Cina, Sepah bulan di hujung jari; Hitam manis jangan lena, Jatuh bulan abang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terbang merbah dari Kuantan, Saya mencaruk telur pipit; Alangkan sepah saya makan, Inikan pula pinang bergigit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Petang hari menahan bubu, Bubu ditahan olak mengkalang; Diri umpama semacam tebu, Habis manis sepah dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang membeli beras dan sagu, Kerana habis padi di ladang; Abang seperti hampasnya tebu, Habis manis sepah dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |