Naik mendarat di pangkalan, Kain pelekat bercorak-corak; Adik sepantun gambar bulan, Mainan mata orang nak banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik melantun-lantun papan, Untuk tempat orang berhenti; Adik sepantun kain kapan, Buruk siapakah mengganti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tnggilah bukit Gunung Karimun, Tempat merapatkan papan jati; Adik sepantun air diminum, Menjadi ubat di dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Putik mentimun dibuat ulam, Sekali makan memang perisa; Adik sepantun permata nilam, Jadi pujaan sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun mencari mumbang, Mumbang kelapa nyiur hijau; Adik sepantun dewi mumbang, Hilang di mata hatiku risau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun membawa parang, Untuk menebas semak belukar; Adik sepantun bunga dikarang, Membuat cemas dada berdebar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun orang mendaki, Payah kaki penat anggota; Adik sepantun delima sakti, Merah pipimu membuat gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun membawa teman, Nampaknya senang wajah berseri; Adik sepantun bunga di taman, Banyaklah kumbang datang menyeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun berlai-lari, Terasa penat jalan perlahan; Adik sepantun bidadari, Manakan dapat hamba lupakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |