Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Itik berbunyi hari dah siang, Itik balik waktu petang; Adik berlari seperti kijang, Adik menerkam seperti helang. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Membayar nazar di Tanjung Batu, Kain putih dibawa lima; Biar mati seperti kutu, Jangan mati seperti tuma. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berkilat papan seperti cermin, Bila dibilas belangnya kusam; Beratlah badan menjadi pemimpin, Bekerja keras siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Mengeting kaki mengeting betis, Seperti benang sudah diisi; Dipandang jauh cantikmu alis, Gambar adik terkenang hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Raja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ya Allah Alaikum Rahman, Terang seperti air di taman; Jikalau tiada ditetapkan iman, Tuanlah juak kubuat teman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |