Beri kami sepinggan, Sepinggan sayur cendawan; Adik nampak tampan, Tampan anak pahlawan. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Sepinggan sayur cendawan, Beri makan itik; Tampan anak pahlawan, Pintak lagi cerdik. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Adat sedapur sesama akur, Adat sepinggan sesama makan; Adat akur jangan takbur, Adat makan jangan menghabiskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |