Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1 beranda (yg agak panjang) yg bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit drpd ibu rumah; selasar. 2 platform di stesen kereta api. ~ jantung ruang pd jantung yg di sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serambi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diberi betis hendak paha.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ketitir hujung serambi, Putik belimbing bergetu-getu; Lepas diusik pada kami, Ambil adinda muka pintu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tindih-menindih batang pinang, Kait mengait serambi padi; Tembak seperti peluru petunang, Apabila kena ular pun mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pagi-pagi menanam selasih, Selasih ditanam di hujung serambi; Bagailah mana hati tak kasih, Kerana tuan baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas