Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.sa] | سراس

Definisi : sj sirih: mukanya spt bujur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.sa] | سراس

Definisi : sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serasa

Puisi
 

Apa rasa makan di daun,
     Makan di talam serasa nasi;
Apa rasa cerai setahun,
     Cerai sehari serasa mati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Buah jarak di dalam dulang, Buah papaya di atas peti; Berjarak serasa hilang, Bercerai serasa mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa rasa makan di daun, Makan di talam serasa nasi; Apa rasa cerai setahun, Cerai sehari serasa mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulam raja namanya sayur, Rasanya sedap bukan kepalang; Dalam jaga serasa tidur, Kerana mengharap kasihan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Si cantik manis berbaju sari, Pakaian terbilang gadis rupawan; Nasi ditelan serasa duri, Keluargaku hilang dalam dakapan.Pantun Melayu SarawakKasih
Elok sungguh memetik kecapi, Penghilang penat berjalan jauh; Elok sungguh adik ke mari, Serasa mendapat durian runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gebar dilipat kain dibuka, Kasut berbunga benang dandan; Khabar dapat kirim pun ada, Serasa nyawa sekalian badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa orang tarawih, Berbuat amal bekal akhirat; Putus cinta hatiku sedih, Dunia ini serasa kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali takiknya dalam, Kayu hidup dimakan api; Kalau sekali adik berdendam, Abang hidup serasa mati. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Teluk Cempedak airnya biru, Tempat budak bermain air; Hatiku susah sering terharu, Nasi ditelan serasa pasir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas