guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Orang beradat elok pekerti, Serba manis tingkah lakunya; Membuang adat kutuk menanti, Tuah habis tersimbah malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Naik bukit bermain angin, Makan buah serba rasa; Sakit sungguh tinggal bermain, Makan kuah berair mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ada satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |