Ketuku batang ketakal, Duanya batang keladi moyang; Kita sesuku serta seasal, Kita senenek serta semoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata tua kata berilmu, llmu dunia serta akhirat; Hina bangsa tiada bermalu, Malu punah tibalah laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Bunyikan gendang serta tetawak; Kalau adat hendak dipakai, Berhati lapang bicara bijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Banyakkan lauk serta penganan; Kalau adat hendak dipakai, Tegak budak memelihara beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |